Padah Hina Raja

Seorang peniaga ketam dipenjara enam bulan dan didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di laman Facebook pada Mac lalu. Tertuduh, Hasbullah Mohammad, 41, dari Changlun, Kedah juga boleh dikenakan penjara tambahan dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hasbullah pada pertuduhan kali pertama April lalu mengaku tidak bersalah namun menukar pengakuannya kepada bersalah ketika prosiding sebutan semula kesnya pada 15 Mei lalu. Tertuduh kemudian terus mengekalkan pengakuan bersalahnya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet hari ini. Berdasarkan kertas pertuduhan, Hasbullah didapati melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan nama profil “Muhammad Muhammad (Ku Teh Ku Muhamnad)” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Raja Perlis dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. #InspirasiChannelz | Awani

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...