Banyak perkara seronok tentang PRK Sungai Bakap, paling seronok apabila kempen ini meriah tetapi penuh damai. Tidak ada ceramah2 kontroversi melanyak individu, tidak ketara sangat kempen memanipulasi secara melampau sentimen etnik-agama. Situasi ini sangat berbeza berbanding PRU15 pada November 2022 dan PRN pada Ogos 2023. Inilah sebahagian model politik yang kita impikan, politik adalah instrumen untuk bina negara. Bukan politik kebencian, permusuhan dan manipulasi sentimen demi untuk mendapat sokongan segera. Berbanding PRU15 dan PRN 2023, ada beberapa perbezaan ketara corak kempen dan tingkah laku pengundi.
Pertama, gelombang hijau telah mencapai puncak pada PRN lepas, sekarang sudah mendatar dan semakin menurun. Anak2 muda yang dulu ghairah mempamerkan sokongan kepada PN, sekarang sudah tidak sekuat itu. Bahkan sebahagian anak2 muda mula tidak segan silu untuk bergaya dengan baju T Parti Perpaduan, lepak berbual di sana sini, situasi yang tidak menonjol dalam PRN lepas. Kedua, pengundi teras Umno yang kalih sokongan kepada PN dalam PRN lepas semakin tidak mempamerkan ghairah menyokong perikatan tersebut. Mereka mula boleh didekati oleh jentera kempen Umno, untuk menjelaskan situasi dan keperluan semasa politik negara. Sama ada mereka bersetuju atau tidak untuk menyokong calon PH, itu perkara lain, namun mereka sudah mula boleh didekati oleh pemimpin sendiri.
Ketiga, pengundi etnik Cina yang sebelum ini solid menyokong PH mula menunjukkan tingkah laku tidak selesa terhadap kerajaan. Mereka kritis terhadap beberapa polisi Kerajaan Perpaduan dan PH itu sendiri, sebahagiannya menyuarakan ura2 untuk tidak keluar mengundi. Anak muda, pengundi teras Umno dan pengundi etnik Cina akan jadi tiga faktor penting dalam PRK Sungai Bakap ini. Kadar keluar mengundi dan sikap mereka akan menentukan siapa akan megah menjulang trofi dan siapa akan rebah Sabtu nanti. Berbanding siri2 pilihan raya sebelum ini yang difokuskan untuk melihat siapa akan meraih lebih banyak undi, Sungai Bakap ini lebih kepada siapa yang akan hilang lebih banyak undi. Siapa yang hilang lebih sikit undi akan keluar sebagai pemenang.
Dr Yusri Ibrahim | ILHAM Centre
#InspirasiChannelz