“Tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan H@m@s pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, Kerajaan MADANI tidak akan sesekali berundur meskipun berhadapan kritikan terhadap tindakan tidak popular, antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas. Beliau berkata langkah itu penting bagi mengukuhkan asas ekonomi negara memandangkan hasil negara ‘disakau’ dan subsidi pula tidak disalurkan kepada golongan sasar. Perdana Menteri berkata, penyasaran subsidi diesel perlu memandangkan aktiviti penyeludupan bahan api itu berleluasa sejak puluhan tahun dan hasil subsidi dibeli untuk kegunaan negara lain.

“Saya sering kali jawab sikit.. tapi saya tak peduli kerana saya fikir kita punyai tugas. Tidak mudah dalam negara ini kerana politik kebencian terlalu menebal,” katanya. Perdana Menteri turut menyuarakan kekecewaan kerana fakta tidak dipedulikan sama sekali dalam kritikan. “Tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali. “Jadi yang diutarakan ialah kebencian. Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak,” kata Perdana Menteri.

#InspirasiChannelz | BERNAMA

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...