Rayuan dibuka, KPM dan KPT selaras penempatan matrikulasi pelajar cemerlang – Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) akan bergerak secara agresif bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyelaraskan dengan segera, sekali gus memastikan penempatan semua pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam program Matrikulasi. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kerajaan telah membuka peluang untuk rayuan pelajar ke Matrikulasi dalam usaha memberikan ruang pendidikan kepada semua pihak, selain mempertimbangkan semua pelajar cemerlang mendapat penempatan.

“Semua pelajar cemerlang kita akan tangani penempatan mereka di Matrikulasi dengan kerjasama daripada KPT. Jadi kita bergerak bersama dengan KPT secara agresif dan komprehensif serta mengambil semua pendekatan untuk memastikan semua pelajar cemerlang mendapat tempat. Insya-Allah.

“Semalam kita telahpun menerima kemasukan pelajar di peringkat Matrikulasi dan pada 5 Julai ini, kita akan terima pelajar peringkat rayuan dan seterusnya kita akan lihat selepas kita membuat penyelarasan dengan KPT, semua tempat ini akan diisi dengan segera,” katanya kepada pemberita

#InspirasiChannelz Awani

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...