
Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang terbentuk oleh kuasa dan undi rakyat Malaysia selepas pilihanraya umum ke 14 ditumbangkan oleh Muhyiddin Yassin melalui “Langkah Sheraton” dimana ketika itu kerajaan diterajui oleh Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tindakan kotor dan memperkotak katik mandat rakyat Malaysia tidak boleh diterima sehingga kini oleh mereka yang berilmu dan yang menjunjung tinggi “Rule Of Law”. Namun inilah politik Malaysia kotor atau jijik tidak sesekali dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin politik yang tidak bermaruah dan tidak kenal erti tanggungjawab yang penting hasrat dihati untuk menjadi perdana menteri tercapai tidak kiralah melalui jalan hina apa sekalipun.
Namun mereka terlupa Allah ada dan sentiasa memerhatikan kita 24 jam sehari,akhirnya langkah sheraton yang menjadikan Muhyiddin sebagai perdana menteri tidak kekal lam hanya mampu bertahan hanya 17 bulan sebelum Muhyiddin pula dihumban keluar oleh Umno rakan yang bersama-sama didalam langkah sheraton ciptaan Muhyiddin itu.Bak kata orang putih “What U Give,U Get Back” naik ke atas dengan kotor dan dihumban turun juga dengan kotor.
Namun ini semua tidak pernah menyedarkan Muhyiddin langsung malah beliau tidak pernah rasa bersalah jauh sekali memohon maaf kepada majoriti rakyat Malaysia diatas kesalahannya mencabul mandat rakyat didalam pilihanraya umum malah makin menjadi-jadi serta masih bermimpi tinggi untuk menjadi perdana menteri buat kali kedua apabila partinya mencalonkannya sebagai bakal perdana menteri ke 11 negara.
Betapa gila jawatan dan kuasa diterjemahkan kepada rakyat Malaysia sedangkan tempoh akhir penggal kerajaan sekarang ini hanya berakhir november 2027 walaupun perjalanan ke pilihanraya umum ke 16 masih jauh namun berangan-angan mat jenin tidak menjadi kesalahanpun mengikut undang-undang sama seperti bodoh juga tidak menjadi kesalahan mengikut undang-undang negara.
Kini dikhabarkan “Langkah Kuala Perlis” untuk mengugat kerajaan mandat rakyat Perlis sedang bergelora dibumi indera kayangan itu dimana Menteri Besar Perlis sudahpun meletakkan jawatannya pada 25 disember selepas tidankan drastik kepimpinan Pas pusat memecat 3 Adun mereka yang bersekongkol bersama Adun Bersatu didalam “Langkah Syaitan Kedua selepas Langkah Sheraton” yang lalu.
Buat parti Bersatu sudah-sudah lah berpolitik secara bacul dan menjijikan ini,berlawan secara gentleman anak jantan pada pilihanraya mendatang bukannya mencari kuasa dengan cara kotor sebegini bawa sedar-sedarlah diri parti Bersatu semakin hari semakin dilihat busuk dan kotor didalam dunia politik negara jangan kerana ini Bersatu akan hilang dan berkubur terus dari dunia politik negara nanti.
Buat Muhyiddin pengalaman luas politik anda tidak pernah mengajar anda apa itu berpolitik secara profesional dan berprinsip serta bermaruah,lihat saja karier politik anda yang lebih banyak negatif dari positif bermula bermasalah sebagai Menteri Besar Johor kemudian dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri,kemudian menikam dan menjatuhkan kerajaan Tun Dr Mahathir melalui pintu belakang dan kini membuat onar baru didalam Perikatan Nasional.
Buat Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang sudah sampai masanya PAS meninggalkan Bersatu dan Perikatan Nasional dan bergerak secara solo yakin dan percayalah sebagai parti terbesar didalam parlimen dan parti-parti melayu yang lain sedang bergelora dengan masalah dalaman serta gila kuasa dan jawatan,PAS pasti menjadi pilihan terbaik orang melayu.Buat Muhyiddin semoga anda tenang dan berjaya dengan berpolitik secara kotor dan menjijikan ini wahai Muhyiddin dan dirahmati Allah.


