
Walaupun bertekad membentuk kerajaan Sabah sendiri, Presiden Warisan Shafie Apdal berkata apa pun ia bergantung kepada keputusan pilihan raya nanti.
Presidennya, Shafie Apdal, berkata parti itu tetap mahu bertanding dan membentuk kerajaan negeri secara bersendirian, walaupun ia bergantung kepada sama ada mereka memenangi kerusi mencukupi atau sebaliknya.
Apabila ditanya sama ada Warisan akan mencari rakan gabungan sekiranya ia gagal mencapai 37 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri, Shafie menjawab: “Kita akan lihat apa keputusan (pilihan raya) nanti.”


