Kehadiran Benjamin Netanyahu Pesawat Erdogan enggan mendarat dibantah pemimpin Arab

SHARM EL-SHEIKH, 14 Oktober – Sidang Kemuncak Gaza di Mesir bertukar tegang apabila kehadiran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dibantah beberapa pemimpin Arab, termasuk Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dan delegasi Iraq.

Menurut sumber diplomatik, pesawat rasmi Erdogan yang dalam perjalanan ke Sharm el-Sheikh sempat berlegar di ruang udara Laut Merah dan enggan mendarat sehingga Netanyahu beredar.

Tindakan itu berlaku selepas desas-desus bahawa pemimpin Israel itu bakal menyertai sidang berkenaan hasil perbualan tiga hala antara Presiden AS Donald Trump, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, dan Netanyahu sendiri.

Sumber Iraq pula memaklumkan bahawa delegasi Baghdad memberi amaran keras kepada penganjur untuk memboikot sidang jika Netanyahu hadir, disusuli beberapa negara lain yang menyatakan pendirian sama.

Di bawah tekanan diplomatik yang diketuai Erdogan serta beberapa pemimpin lain, Mesir akhirnya memaklumkan kepada Israel bahawa kehadiran Netanyahu terpaksa ditolak.

Pembatalan penyertaannya diumumkan secara tergesa-gesa hanya 40 minit selepas pejabat Presiden Mesir mengesahkan kehadirannya.

sumber : Berita RTM

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...