Presiden Amerika Syarikat Trump, tidak lagi mendesak gencatan senjata dalam perang Ukraine?

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, tidak lagi mendesak pelaksanaan segera gencatan senjata dalam perang Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, berjalan dengan baik, begitu juga panggilan telefon lewat malam dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, serta beberapa pemimpin Eropah termasuk Setiausaha Agung NATO yang sangat dihormati,” tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social, pada Sabtu.

Beliau berkata semua pihak bersetuju bahawa jalan terbaik ke hadapan adalah mencapai “perjanjian damai” untuk menamatkan perang dan bukannya “perjanjian gencatan senjata semata-mata” yang selalunya tidak berkekalan.

Trump menulis mengenai “hari yang hebat dan sangat berjaya di Alaska”.

Beliau berkata Zelensky kini akan datang ke Washington, dan jika semuanya berjalan lancar, mesyuarat dengan Putin akan diatur selepas itu.

Sebelum pertemuannya dengan Putin pada Jumaat, Trump masih lagi menekan untuk gencatan senjata segera.

— BERNAMA

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...