Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranan kerajaan dalam meredakan ketegangan antara Thailand dengan Kemboja.

Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu menyambut baik keterlibatan Malaysia dalam usaha memperkukuhkan kestabilan di rantau ini.

“Perikatan Nasional menyambut baik apa juga keterlibatan Malaysia dalam usaha memperkukuhkan kestabilan rantau ini, apa pun peranan yang dimainkan oleh YB Tambun, walau ada yang menyifatkan sebagai tuan rumah, ia tetap merupakan satu peranan akan tersemat dalam lipatan sejarah. Saya ucapkan tahniah dan syabas,” katanya dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Tambah Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, penekanan perlu diberikan kepada usaha Malaysia agar negara ini terus dihormati sebagai sebuah negara pengimbang yang kompetetif di rantau Asia Tenggara.

Beliau turut menyeru agar Malaysia konsisten dalam memperjuangkan keamanan sejagat serta berani menyuarakan pendirian tegas dalam menentang sebarang bentuk kezaliman dan penindasan.

Sumber : Berita RTM

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...