
Ramai pengamal undang-undang mahupun pemimpin-pemimpin politik berhujah,berbicara tentang kedaulatan undang-undang?
Dan tak kurang juga rakyat Malaysia bercakap tentang undang-undang “DUA DARJAT”…suka atau tidak kita tidak boleh menolak pemikiran dan persoalan serta cakap-cakap rakyat ini kerana ada kebenarannya.Kerana rakyat Malaysia sendiri disajikan serta dihidangkan dengan pelbagai jenis pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat tidak berkesudahannya walaupun sudah berlarutan hampir 7tahun namun kes perbicaraannya masih belum berakhir kerana begitu banyak pendakwaannya dari jenayah hingga ke saman sivil?
Dan yang paling mencuri tumpuan rakyat Malaysia semestinya pada “TITAH DIRAJA” yakni “TITAH ADENDUM” yang diperolehi Najib Razak tentang tahanan dirumah yang sudah berlarut lebih 500 hari namun masih lagi tiada keputusan konkrit diketahui umum walaupun pejabat peguam negara sudahpun mengakuinya tentang kewujudan “TITAH ADENDUM” ini.
Kita bukan mencari salah siapa?siapa yang menyembunyikannya? tetapi kenapa “TITAH ADENDUM” ini tidak dilaksanakan segera? Sedangkan negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan Ketaatan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara semestinya dijunjung tinggi setiap kerajaan yang mentadbir negara tercinta ini.
Ini bukan soal Najib Razak namun ini soal hak rakyat Malaysia yang memperolehi ehsan Diraja melalui “PENGAMPUNAN DIRAJA?”
Majoriti rakyat Malaysia semestinya menuding jari kepada parti yang sentiasa berbicara tentang kesetiaan dan ketaatan kepada Raja iaitu UMNO…kepimpinan parti ini yang juga merupakan sebahagian dari kerajaan yang mentadbir negara sekarang dilihat tidak bersungguh-sungguh lagi dalam mempertahankan ketaatan dan kesetiaan kepada titah Diraja lagi?
Persoalan yang bermain difikiran rakyat Malaysia ialah pemimpin-pemimpin Umno hanyalah bermain politik didalam isu “TITAH ADENDUM” ini dan tidak mempedulipun tentang nasib Najib Razak lagi?
Buat pemimpin-pemimpin umno jujur dan ikhlaslah dalam perjuangan anda bukan hanya untuk menjaga temolok sendiri dan penting diri dalam perjuangan membela nasib bangsa dan negara serta menjunjung tinggi sistem Beraja dibumi Malaysia tercinta ini.
Saya Ulang…ini bukan soal Najib Razak tetapi tentang rakyat Malaysia keseluruhannya jika dimasa hadapan mereka juga memperolehi EHSAN DIRAJA melalui PENGAMPUNAN DIRAJA.
Laksanakan dengan kadar segera TITAH ADENDUM ini demi mengembalikan semula keyakinan rakyat Malaysia terhadap ketelusan kerajaan yang semakin hari semakin terhakis dek begitu banyak sandiwara politik yang disajikan sepanjang 3tahun ini.
#InspirasiChannelz