RMK13 beri tumpuan tiga dasar utama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan berteraskan tiga kebijakan atau dasar utama.

Dasar pertama menumpukan kepada tatakelola baik sebagai asas pentadbiran negara bagi menjamin agihan kekayaan yang adil dan saksama, selaras dengan keperluan rakyat.

Untuk itu kerajaan terus komited untuk memperkukuh integriti dan akauntabiliti, mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkemas pengurusan fiskal negara.

“Kedua, meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi. Peralihan ini bermatlamat untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara, umpama menaikkan siling atau bumbung. Tunjang utama peralihan ini adalah pendigitalan dan teknologi termaju, terutama kecerdasan buatan (AI).

Ke arah itu penekanan akan diberikan kepada pembangunan industri HGHV dan sektor strategik yang bernilai tinggi, pertumbuhan yang terangkum, mampan dan seimbang serta pengukuhan kedudukan Malaysia di persada ekonomi dunia,” katanya dalam pembentangan RMK13 di sini hari ini.

Selain itu, RMK13 akan turut menumpukan kepada pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk meningkatkan darjat kehidupan rakyat.

Usaha akan dipergiat untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup, membentuk sistem sosial negara berteraskan insan MADANI, mempertingkatkan mutu kehidupan serta memperkukuh tahap sosioekonomi golongan sasar ke arah mencapai kehidupan wajar.

Foto : BERNAMA | Sumber : Berita RTM

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...