Trump umum tarif ke atas Malaysia esok

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menangguhkan pengumuman tarif yang akan dikenakan ke atas Malaysia sehingga esok.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hasil perbincangannya menerusi panggilan telefon bersama Trump pada 6.50 pagi tadi.

“Kami turut membincangkan soal tarif atas semangat dan prinsip perdagangan bebas serta pelbagai siri rundingan yang digerakkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama pihak Wakil Perdagangan dan juga Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat.

“Setelah perbincangan itu berlaku dan penjelasan yang saya sampaikan, beliau memutuskan untuk menangguh pengumuman
keesokkannya dan kadar tarif akan diumumkan esok.

“Kita doa ia akan membantu dan tidak membebankan ekonomi negara kita,” katanya dalam ucapan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber : Berita RTM

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

YANG DIPERTUAN AGONG CATAT SEJARAH,KE RUSSIA BERMULA 5-10 OGOS INI.

Istana Negara dalam kenyataan menyebut, lawatan bersejarah itu mencerminkan...

Apa Kesudahan “TITAH ADENDUM” Najib Razak?

Ramai pengamal undang-undang mahupun pemimpin-pemimpin politik berhujah,berbicara tentang kedaulatan...

Mukriz Mahathir Templak Anwar

“Tun Mahathir perasuah”, tuduh Anwar Ketika Tun Mahathir berjabat tangan...