Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang

PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Public Bank memohon maaf atas kekasaran ejennya menjalankan urusan menarik kereta. 

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata jika Public Bank gagal berbuat demikian, satu gerakan memboikot perkhidmatan bank itu akan dijalankan. 

“Kita mahu mereka minta maaf kerana jika mereka tidak buat apa-apa, kita mahu ajak rakyat ambil tindakan ke atas Public Bank kerana mereka kurang ajar. 

“Public Bank ini hidup atas rakyat. Kalau mereka tidak boleh hormat kita, kita buatlah apa yang perlu seperti memboikot Starbucks. Kita akan buat seperti itu.

“Ini kerana sudah tiba masa kita mengajar bank ini untuk buat sesuatu,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.  

Beliau mengulas tindakan biadab ejen penarik kereta Public Bank yang datang menceroboh sebuah kondominium di sini Isnin lalu. 

Katanya, tindakan ejen berkenaan yang mendakwa memiliki surat mahkamah mengelirukan apabila bertindak menceroboh masuk ke kawasan kondominium itu.  

“Macam mana arahan mahkamah peguam Public Bank yang kononnya hebat ini boleh ‘merompak atau bunuh’? Maknanya kalau membunuh pun bolehlah?

“Kita sudah berada dalam ruang yang tidak masuk akal. Kalau kita tidak tangani perkara ini dengan baik dalam masa terdekat, mereka ini akan menjadi kartel. 

“Bila jadi kartel, mereka akan menguasai. Sekarang ini pun pengaruh mereka kuat pasal bila mereka bersama, bank akan ikut berpakat bersama. Siapa yang buat kawalan?” soalnya.  

Nadzim berkata kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup perlu segera mengatasi masalah ini bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa.

Katanya, ejen ini akan menggunakan pelbagai helah termasuk membabitkan dokumen mahkamah atau menggunakan kekasaran terhadap mangsa atau harta benda. 

“Jika perkara ini tidak diambil tindakan undang-undang, tengoklah ramai orang yang akan tertipu dengan keadaan begini. 

“Orang kalau lihat surat mahkamah saja, menggeletar dan tidak berfikir. Ini sangat bahaya seperti scammer yang menyamar sebagai anggota polis,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...