Papagomo sangsi pemeriksaan kesihatan PM hari Sabtu

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 24 JUN — Aktivis politik, Papagomo menggesa Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberikan penjelasan punca Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan kesihatan minggu lalu. 

Papagomo, nama popular Wan Muhammad Azri Wan Deris, berkata pemeriksaan kesihatan yang dilakukan Perdana Menteri pada hari Sabtu menimbulkan persoalan.  

“Rakyat hendak tahu atas sebab apa Anwar dikejarkan ke Hospital Serdang. Hospital beritahu untuk pemeriksaan kesihatan. Saya yakin rakyat Malaysia cerdik.

“Sabtu tiada yang buat pemeriksaan kesihatan. Rakyat perlu tahu tahap kesihatan Perdana Menteri yang perlu dijelaskan bagaimana keadaan dan sakitnya. 

“Kalau beri alasan pergi pemeriksaan kesihatan, saya yakin rakyat Malaysia tidak bodoh,” katanya kepada Inspirasi Channelz.  

Hospital Sultan Idris Shah, Serdang minggu lalu mengesahkan keadaan kesihatan Anwar berada dalam keadaan yang sangat baik.

Pengarahnya, Dr Farique Rizal Abdul Hamid berkata berdasarkan pemeriksaan kesihatan tahunan yang dijalankan, Perdana Menteri boleh menjalankan tugas rasmi seperti biasa.

Papagomo berkata PMO perlu bersikap profesional kerana itu yang dilakukan sewaktu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital. 

Katanya, penjelasan lanjut PMO dapat memberi sedikit kelegaan kepada rakyat selepas Perdana Menteri pernah dituduh terkait dengan penyakit berbahaya. 

“PMO perlu jawab seperti mana sebelum ini Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tidak sihat. PMO keluar kenyataan cirit-birit. 

“Waktu itu bukan main lagi Anwar dan pemimpin dalam kerajaan hari ini. Macam-macam tuduhan kepada Muhyiddin. Jadi itu tanggungjawab PMO,” katanya. 

Beliau berkata penjelasan PMO itu penting selepas Perdana Menteri pernah dilaporkan menghadapi alahan terhadap ubat tertentu.

Katanya, PMO wajar berterus-terang jika Perdana Menteri menghidap sebarang penyakit yang masih tidak dihebahkan kepada umum. 

“Saya yakin beliau ada alahan ubat yang menyebabkan berlaku sesuatu pada dirinya pada Sabtu lepas. 

“Sebab sebelum ini pernah dilaporkan Setiausaha Politik Perdana Menteri bahawa Anwar mengalami alahan. Alahan sebab apa? Sakit apa? Ini yang kita hendak tahu.

“Kita harap PMO dapat menjawab dengan tuntas apa yang berlaku tempoh hari,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...

Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan...

Syed Saddiq bebas tuduhan pecah amanah, gubah wang haram

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Mahkamah Rayuan hari...