
Oleh Kamil Awang
KUALA LUMPUR, 23 JUN — Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan mereka yang menolak untuk berlindung di bawah satu “payung” sebagai musuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata gesaan untuk bersatu di bawah Sekretariat Orang Melayu (SOM) adalah demi kesatuan menghadap Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Mereka jadi musuhlah. Bila ada pilihan raya, kita lawan dengan merekalah.
“Dalam pilihan raya, kalau ada 50 parti, kita lawan sesama kitalah. Bukan kita lawan dengan DAP.
“Melayu lawan Melayu. Cincang habis tinggallah sedikit tidak boleh jadi kerajaan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Tun Mahathir berkata SOM kini dilihat sebagai payung besar kepada orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya.
Katanya, soal kepimpinan akan dibincangkan kemudian selepas penyatuan orang Melayu dapat direalisasikan.
“Kita tidak ada ketua dan sebagainya. Kita cuma ada payung saja. Kita minta semua orang berada dalam payung.
“Lepas itu kita boleh pilihlah siapa yang hendak pimpin. Itu kita tentukan kemudian. Kita hendak semua orang Melayu bersatu di bawah satu payung,” katanya.
Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom