PKR lapor polis media dakwa KPN terlibat politik

KUALA LUMPUR, 22 JUN — PKR Simpang Renggam hari ini tampil membuat laporan polis susulan kesilapan infografik terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Timbalan Ketua Cabangnya, Zakaria Basar berkata maklumat dalam infografik berkenaan palsu dan berunsur fitnah mengaitkan KPN dengan PKR.

“PKR menegaskan individu tersebut tidak pernah menjadi ahli parti dan mengecam penyebaran maklumat tidak sahih yang mencemarkan imej parti dan individu berkenaan.

“Walaupun Sinar Harian sudah menarik balik laporan tersebut, PKR memandang serius perkara ini dan menyeru agar siasatan rapi serta tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuai.

“PKR komited mempertahankan integriti, menolak fitnah dan menuntut agar media kekal telus dan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat,” katanya. 

Zakaria hari ini tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang bersama Otai Reformis Johor yang diketuai Wak Samson serta beberapa Ahli Jawatankuasa Cabang.

Katanya, laporan dibuat susulan penyiaran maklumat tidak tepat di Instagram Sinar Harian mendakwa Khalid pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi PKR Kedah. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...