Chegubard: KPN baharu pikul beban bersihkan nama GISBH 

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 21 JUN — Aktivis politik, Chegubard menggesa Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak mengulangi kesilapan kepimpinan polis terdahulu.

Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata Mohd Khalid membawa tanggungjawab besar terutamanya melakukan reformasi terhadap pasukan polis. 

“Khalid membawa beban daripada kepimpinan polis yang lepas antaranya GISB Holdings (GISBH). Ia perlu diselesaikan dan bagi saya ia antara dosa KPN yang lepas.

“Iaitu merosakkan dan menjadi alat untuk menghancurkan entiti teras Islam dan Bumiputera dalam aspek perniagaan.

“Kalau SIS Forum tidak boleh diisytiharkan sesat bagaimana GISBH boleh diisytiharkan sesat dan kena Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada Inspirasi Channelz mengulas pelantikan Khalid sebagai KPN yang baharu semalam. 

Katanya, Khalid perlu memberi nafas baharu kepada pasukan polis dengan tidak mengulangi kesilapan KPN sebelumnya.  

“Majoriti rakyat sedang kecewa dengan individu dan parti politik atas kegagalan sebelumnya. Tugas dan tanggungjawab KPN sangat besar.

“Beliau juga tidak boleh mengulangi sikap-sikap KPN yang lepas khususnya yang baru bersara iaitu tidak boleh ditegur dan menyaman orang.

“Beliau akan dipertikaikan dari segenap segi, itulah tanggungjawab dan beban penjawat awam. Ruang penjelasan terbuka luas menerusi media dan sebagainya,” katanya.                     

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...

Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan...

Syed Saddiq bebas tuduhan pecah amanah, gubah wang haram

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Mahkamah Rayuan hari...