MAIS kesal mahkamah tolak fatwa libatkan syarikat

KUALA LUMPUR, 19 JUN — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kesal sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini dilihat cuba mencampuri urusan fatwa dan hukum syarak. 

Pengerusinya, Senator Datuk Salehuddin Saidin berkata MAIS bimbang keputusan yang mendakwa fatwa hanya terpakai kepada individu membuka ruang pencemaran agama Islam.

“MAIS dukacita kerana keputusan Mahkamah Persekutuan secara tidak langsung mencampuri urusan pembuatan dan pemakaian fatwa yang berkaitan dengan persoalan hukum syarak. 

“MAIS bimbang keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan akan membuka ruang kumpulan tertentu untuk berselindung di sebalik nama Islam dalam sesebuah pertubuhan atau institusi. 

“Bagi mengamal dan menyebarkan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam supaya tindakan penguatkuasaan tidak dapat diambil terhadap mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap fatwa yang dikeluarkan terhadap SIS Forum pada 2014.  

Katanya, jika fatwa itu tidak terpakai terhadap pertubuhan maka ia akan mengelirukan dan menjejaskan akidah umat Islam.

“MAIS menyokong penghakiman bertentangan Hakim Datuk Abu Bakar Jais apabila beliau menyatakan bidang kuasa memutuskan pertikaian fatwa bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Beliau menyatakan walaupun dalam kes ini syarikat yang terlibat bukan merupakan ‘orang sebenar’ yang boleh menganut agama Islam, namun syarikat adalah tertakluk kepada fatwa. 

“Ini berdasarkan kepada nama SIS iaitu ’Sisters in Islam’ yang menunjukkan identiti Islam serta aktiviti syarikat ini mengeluarkan penerbitan dan kenyataan tentang agama Islam,” katanya. 

Salehuddin berkata penghakiman bertentangan Abu Bakar selaras dengan hujah yang dikemukakan MAIS merujuk kepada konsep ‘orang buatan’ dalam kehakiman.

Katanya, MAIS memberi jaminan akan sentiasa memantau dan menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan ajaran sesat dan menyeleweng dapat dibanteras. 

“MAIS menasihatkan masyarakat Islam untuk tidak terlibat atau memberikan sokongan terhadap program yang berkaitan dengan fahaman yang difatwakan sesat dan menyeleweng. 

“MAIS menegaskan komitmen mengambil tindakan sewajarnya dengan kerjasama kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri serta sokongan institusi raja. 

“Bagi tujuan memperkasa perundangan sedia ada demi memartabatkan kedudukan agama Islam selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...