
KUALA LUMPUR, 19 JUN — Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melarang SIS Forum menggunakan perkataan “Sisters in Islam” dalam mana-mana penerbitan mereka.
Sultan Selangor bertitah larangan itu bagi mengelak perkataan “Islam” digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan tidak wajar syarikat tersebut.
“Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri Selangor menggesa SIS Forum tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’.
“Ia ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka supaya perkataan ‘Islam’ tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut,” titahnya.
Baginda bertitah menerusi kenyataan yang disiarkan Pejabat Diraja Selangor hari ini.
Titahnya, sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengecewakan apabila fatwa pada 31 Julai 2014 lalu tidak terpakai kepada SIS Forum, pertubuhan atau institusi.
Baginda bertitah penyalahgunaan perkataan Islam dalam nama dan penerbitan SIS Forum boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.
Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom