Ali hairan tuduhan rasuah dapat diskaun 99 peratus

KUALA LUMPUR, 18 JUN — Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad bersedia membersihkan namanya di mahkamah selepas pertuduhan rasuah RM44 juta berkurangan menjadi RM235,000.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara itu berkata tiada apa yang perlu disembunyikan kerana beliau boleh membuktikan sumber wang berkenaan.

“Bukan main sedap bunyinya dekat media tempoh hari ‘rasuah RM44 juta’. Bukan main banyak ringgit hendak kena kira itu.

“Kalau ambil gambar duit susun atas meja, entah berapa meja hendak kena pakai saya pun tidak tahu.

“Tetapi punya puas geledah sana sini dari rumah sampai pejabat, sampai hari ini gambar duit pun masih tidak kelihatan dan halimunan entah ke mana,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. 

Mohamad Ali mengaku tidak bersalah atas 20 pertuduhan menerima rasuah RM235,000 dan tiga kereta mewah berhubung projek tambak laut di Melaka.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud mendengar pengakuan itu dan membenarkan jaminan RM60,000 kepada Mohamad Ali untuk kes disebut semula pada 24 Julai ini. 

Kes dituduh di bawah Seksyen 16(a) dan Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda.  

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Ali didakwa menerima rasuah sebagai upah melantik kontraktor menjalankan kerja menambak laut seluas 100 ekar bernilai RM45.1 juta.

Mohamad Ali berkata pendakwaan hari ini menimbulkan kehairanan selepas tuduhan RM44 juta pada awalnya menjadi RM 235,000.

Katanya, kes berkenaan akan dihadapi dengan tenang berpandukan sistem keadilan mahkamah yang akan mula mendengar kes itu bulan depan.

“Tiba hari ini di mahkamah, daripada ‘rasuah RM44 JUTA’ yg disorak tempoh hari, tiba-tiba amaun sudah mengecil pula menjadi ‘20 pertuduhan dengan jumlah RM 235,000’.

“Ingatkan beli barang saja boleh diskaun, hendak tuduh rasuah pun boleh dapat diskaun. Diskaun sebanyak 99.46 peratus.

“Jangan takut, mereka sekadar ada kuasa. Mereka bukan Tuhan. Rendah macam mana kedudukan kita, saya dan kita semua ada hak untuk melawan hal-hal yang salah,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...

Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan...

Syed Saddiq bebas tuduhan pecah amanah, gubah wang haram

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Mahkamah Rayuan hari...