Pendukung PAS desak batal luaskan skop SST 

KUALA LUMPUR, 18 JUN — Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menggesa kerajaan membatalkan hasrat untuk meluaskan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). 

Ketuanya, Balasubramaniam Nachiappan berkata peluasan SST hanya akan menambah keperitan rakyat yang semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup. 

“Saya ingin menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan ini yang jelas akan menghakis pendapatan boleh guna rakyat dan memburukkan lagi keadaan kos sara hidup.

“Rakyat daripada semua latar belakang sudah cukup terbeban dengan pelbagai tekanan ekonomi seperti harga barangan yang tidak menurun walaupun pelbagai janji ditabur.

“Pelarasan subsidi diesel juga menjejaskan perniagaan kecil, logistik dan pengangkutan. Kadar inflasi terus menekan walaupun kerajaan mendakwa ekonomi sedang ‘pulih’,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas peluasan skop SST bermula Julai ini. 

Katanya, peluasan SST bukan sahaja menjejaskan kehidupan rakyat B40 malah M40 yang kini terjerumus dalam kelas miskin bandar. 

“Saya kecewa dengan sikap kerajaan yang dilihat lebih cenderung mencari hasil cukai daripada membetulkan ketirisan, pembaziran dan rasuah dalam pentadbiran.

“Sepatutnya kerajaan menumpukan usaha kepada mengurangkan saiz Kabinet yang membazir, mengurangkan ketirisan dana awam dan menghapuskan lantikan politik yang tidak produktif.

“DHPP berpandangan langkah mengenakan cukai tambahan kepada rakyat pada saat ekonomi belum stabil adalah tidak bermoral dan tidak prihatin,” katanya.

Balasubramaniam berkata kerajaan gagal mencari jalan penyelesaian lebih kreatif dan adil yang sememangnya terbentang di depan mata. 

Katanya, DHPP menyeru kerajaan membatalkan serta-merta rancangan peluasan SST dan mengembalikan semula subsidi yang penting untuk rakyat marhaen.

“Kerajaan perlu mengutamakan reformasi struktur ekonomi berasaskan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang saksama.

“Kami ingin menegaskan DHPP berdiri teguh bersama rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dalam menolak dasar yang menindas dan membebankan. 

“Suara rakyat mesti didengar, bukan ditekan dengan dasar cukai yang menyesakkan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...

Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan...

Syed Saddiq bebas tuduhan pecah amanah, gubah wang haram

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Mahkamah Rayuan hari...