Senator lebih pandai jadi menteri, kata NASIONALIS

KUALA LUMPUR, 18 JUN — Gabungan NASIONALIS menggesa pelantikan menteri akan datang dipilih dalam kalangan senator yang berpengalaman dan memahami selok-belok kementerian. 

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata sejarah membuktikan menteri yang dipilih dalam kalangan Ahli Parlimen gagal memahami peranan sesebuah kementerian.

“Antara punca kenapa negara sukar untuk maju ke hadapan ialah kerana perjawatan bukan berdasarkan kepada kekuatan pengetahuan tetapi kedudukan politik.

“Ramai menteri yang dilantik bukan berdasarkan kemampuan ilmu pengetahuan tetapi disebabkan mereka menang pilihan raya dan memegang jawatan tinggi parti. 

“Jadi bila mereka duduk di kerusi menteri, mereka tidak tahu buat apa. Mereka hanya mengharapkan penjawat awam memandu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kebolehan menteri hari ini mengemudi sesebuah kementerian. 

Katanya, sesebuah kementerian tidak mampu ditadbir dengan baik jika menteri yang dilantik tidak berpengalaman dan perlu dipandu pegawai kerajaan.

“Mana mungkin kementerian boleh bergerak baik kalau menteri tidak tahu-menahu pasal kementerian yang mereka terajui. 

“Bayangkan orang sastera memegang kewangan atau ekonomi atau orang agamawan memegang alam sekitar dan sebagainya.

“Ini bukan sahaja menyebabkan kementerian jadi lembab malah penjawat awam akan menjadi bosan kerana terpaksa menjelaskan satu-persatu kepada menteri yang tidak faham,” katanya.

Aminuddin berkata sehubungan itu senator perlu diberikan kepercayaan penuh mengemudi kementerian bagi memastikan segala inisiatif kerajaan sampai kepada rakyat. 

Katanya, dengan pendekatan itu, beban penjawat awam mampu dikurangkan dan membolehkan seseorang menteri memahami skop kementerian. 

“Mungkin sudah sampai masanya pelantikan menteri diwajibkan daripada mereka yang tahu bidang kementerian. 

“Ini boleh dilakukan dengan melantik menteri daripada senator yang boleh dilantik di kalangan mereka yang pakar bukan sebab mereka pegang jawatan parti,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...