DEMO PUTRAJAYA DENGAN 8 TUNTUTAN

Ada 8 TUNTUTAN yang kita kemukakan semasa Himpunan Rakyat Lawan Anwar.

1 – MINYAK Turunkan kembali harga diesel dan jangan naikkan harga RON95 dan gas.

2 – BERAS Kembalikan bekalan Beras Tempatan tanpa kenaikan harga dan bela nasib pesawah.

3 – ISU RAKYAT YANG TERCICIR IMPAK DARI COVID 19 Ambil tindakan segera mengatasi masalah kemiskinan bandar yang semakin meruncing seperti yang dilaporkan oleh UNICEF dalam kajiannya bertajuk “Ranjau Sepanjang Jalan”. Luluskan tuntutan kumpulan pencarum yang memerlukan pengeluaran KWSP untuk meneruskan kehidupan.

4 – KOS SARA HIDUP Tangani kenaikan kos sara hidup dengan segera dan telus. Henti manipulasi data ekonomi.

5 – KESIHATAN AWAM Bela nasib kakitangan kesihatan awam, naik taraf prasarana & kualiti perkhidmatan dan batalkan pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan yang bakal menswastakan perkhidmatan kesihatan awam.

6- PERUNTUKAN SETARA UNTUK SEMUA AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG Berlaku adil kepada Ahli Parlimen pembangkang dengan peruntukan kewangan yang mencukupi supaya Ahli Parlimen boleh melaksanakan tugas mereka dengan efektif. Wujudkan undang-undang peruntukan kewangan setara dan adil untuk semua wakil rakyat parti pemerintah dan pembangkang.

7 – BEBASKAN HAK BERSUARA Henti bisukan rakyat yang meluahkan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan. Henti benamkan akaun dan kandungan pengkritik kerajaan di media sosial.

8 – KEDAULATAN EKONOMI Hentikan polisi-polisi IMF yang menekan rakyat dan menjarah aset negara.

#InspirasiChannelz #InspirasiPolitik

Enter

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PAS fitnah Perak lulus ladang babi tanpa lesen, kata Tok Mat

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Datuk Seri Mohamad Hasan...

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...

Fitnah Khairy, mahkamah arah pendakwah bayar RM2.5 juta

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Pendakwah bebas, Ustaz Abu...