UMNO Batu seru Ahmad Maslan ajar PM maksud GST

KUALA LUMPUR, 17 JUN — UMNO Bahagian Batu menggesa Perdana Menteri mempelajari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata Timbalan Menteri Kerja Raya itu lebih memahami GST dan boleh menjelaskan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor AATV. 

“Adakah disebabkan GST merupakan inisiatif zaman Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional, maka kerajaan tidak sanggup melaksanakannya semula? 

“Saya menyarankan Perdana Menteri untuk belajar lebih mendalam mengenai pelaksanaan GST.

“Mungkin boleh belajar terus daripada Ahmad yang merupakan penerangan paling arif mengenai cukai tersebut,” katanya.

Anwar kelmarin memberi tafsiran salah terhadap GST serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Presiden PKR itu berkata GST bermaksud Cukai Perkhidmatan Am yang meliputi semua perkara manaka SST pula cukai yang hanya dikenakan ke atas barangan import. 

Gulam Muszaffa berkata GST bukan cukai yang meliputi semua barangan dan perkhidmatan tetapi terdapat pelbagai barangan asas yang dikecualikan daripada cukai.

Katanya, gesaan Anwar mempelajari GST daripada Ahmad bukan mahu menentang arus tetapi demi kepentingan rakyat dan ekonomi negara. 

“Saya termangu seketika apabila mendengar kenyataan Perdana Menteri. 

“Pegawai mana di Kementerian Kewangan yang memberikan maklumat salah sehingga beliau keliru mengenai GST?” soalnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Kajang macam Tongsan, apa MPKj buat? Soal aktivis

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia...

Anwar bimbang budaya membaca semakin pudar

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Naim Daniel tidak mengaku salah amang seksual remaja 17 tahun

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Pelakon Naim Daniel hari...

Peguam seru Terrirudin cuti tunggu bicara, siasatan polis

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Peguam Kanan Mohamed Haniff...