UPSI gesa mangsa nahas dapat teruskan semester

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggesa pensyarah di universiti itu membantu mangsa kemalangan bas di Gerik, Perak dengan tiada penangguhan semester.

Naib Canselornya, Prof Datuk Md Amin Md Taff berkata pensyarah boleh membantu dari segi meringankan tugasan atau pengajian mangsa yang terlibat, lapor Malaysia Gazette.  

“Mohon [dekan dan pensyarah] untuk uruskan dengan baik buat pelajar yang cedera sama ada mereka kini di hospital atau di rumah. 

“Ia termasuk dalam soal peperiksaan, penugasan, perjalanan pengajian dan sebagainya. Seboleh-bolehnya tiada yang perlu menangguh semester. 

“Mereka berada dalam kesukaran dan kesakitan. Kita ada banyak sistem pembelajaran yang fleksibel, oleh itu pastikan mereka tidak tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu taklimat khas berkenaan perkembangan terkini pasca nahas jalan raya di Gerik di UPSI Tanjung Malim hari ini. 

Katanya, UPSI akan memastikan kakitangan dan pelajar yang menjadi sukarelawan dalam menghulurkan bantuan dimudahkan urusan akademik dan tugasan harian.

“Kakitangan yang terlibat, jangan dibebankan dengan tugasan pejabat. Manakala para pelajar pula jangan digagalkan kerana di UPSI, ia bukan akademik semata-mata. 

“Bayangkan ketika sedang membuat pembentangan kumpulan, daripada lima, hanya tinggal tiga nama sahaja dalam kelas.

“Di kolej kediaman pula, daripada empat sahabat, hanya tinggal dua orang memandang sepi kepada katil yang kosong. Bantulah anak-anak ini yang sedang di saat sukar,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Kelapa, kerepek pisang pun kena SST? Soal GERAKAN

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Parti GERAKAN menggesa kerajaan...

Cukai pun salah, Saifuddin seru Anwar henti dera rakyat

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Perikatan Nasional (PN) menggesa...

UMNO Cheras gesa Zahid berani jaga hak Melayu

KUALA LUMPUR, 16 JUN — UMNO Cheras menggesa Presiden...

BERSATU kesal KPN pilih kampung ibu dana RM1 juta

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Parti BERSATU kesal Tan...