Warga Britain penumpang tunggal terselamat nahas pesawat

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Doktor yang merawat satu-satunya penumpang terselamat dalam insiden pesawat terhempas petang semalam mendakwa mangsa merupakan lelaki warganegara Britain. 

Dr Dhaval Gameti berkata Vishwashkumar Ramesh tercampak keluar dari pesawat yang terputus dua sebelum meletup mengorbankan 241 penumpang lain, lapor AP. 

“Dia terselamat dengan beberapa kesan luka di seluruh badan. Namun dia tidak terdedah kepada sebarang bahaya,” katanya.

Ramesh ketika ditemui pemberita berkata dia dapat melihat mayat bergelimpangan dan cebisan pesawat di kawasan nahas. 

Katanya, penerbangan yang sepatutnya ke London itu ditemani abangnya namun malangnya tiada penumpang lain yang terselamat.

“Ketika itu saya berasa sangat takut melihat mayat di sekitar saya. Saya bingkas bangun dan berlari mendapatkan bantuan,” katanya. 

Video Ramesh berlari mendapatkan bantuan tular dan turut dibantu paramedik bergegas untuk memberikan rawatan.  

Media semalam melaporkan 241 penumpang dan anak kapal pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari Ahmedabad, India disahkan maut.

Lebih 200 mayat sudah ditemui di lokasi nahas pesawat yang membawa 169 warga India, Britain (53), Portugal (tujuh) dan seorang warga Kanada.

Pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad di Gujarat.

Kumpulan Tata, pemilik Air India, memaklumkan mereka akan menyalurkan pampasan sebanyak 10 juta rupee (RM49,370) kepada keluarga setiap mangsa terkorban.

Pengerusinya, N Chandrasekaran berkata mereka juga akan memberi sokongan untuk membina semula asrama B J Medical yang terlibat dalam nahas pesawat itu. 

Lapangan Terbang Ahmedabad yang sebelum ini menangguhkan semua operasi susulan insiden berkenaan sudah menyambung semula operasi penerbangan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PKR Tuaran dakwa Shamsul hipokrit halang Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 JUN — PKR Tuaran menggesa Datuk...

Aktivis dakwa ramai mahu Maszlee kembali jadi menteri

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Dr Anuar Ahmad menegaskan...

Loke sedia jadi ‘bad boy’ halang aktiviti bas pajak

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Anthony Loke bersedia menjadi...

Anwar gesa belia kukuh nilai integriti, akauntabiliti

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...