Kes Najib dakwa Terrirudin hina mahkamah 19 Ogos ini 

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh menghina mahkamah akan didengar 19 Ogos ini. 

Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy berkata kes itu tidak tertakluk arahan yang menghentikan prosiding sementara menunggu rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan.

“Mahkamah terikat dengan [perintah penangguhan Mahkamah Tinggi asal] dan ia terpakai. 

“Perintah itu tidak termasuk [permohonan menghina],” katanya seperti dilaporkan portal The Edge. 

Najib pada 21 Mei lalu mendakwa Terrirudin menghina mahkamah selepas gagal menunjukkan titah adendum yang memberikan bekas perdana menteri itu tahanan rumah. 

Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini, Hayatul Akmal Abdul Aziz pada 28 April lalu memerintahkan kes berkenaan ditangguhkan

Hayatul Akmal berkata ini bagi membolehkan rayuan Najib didengar di Mahkamah Rayuan namun beliau kini ditugaskan ke Mahkamah Rayuan pada 20 Mei lalu. 

Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap tujuh tuduhan ke atas Najib.

Lembaga Pengampunan bagaimanapun pada Februari tahun lalu mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM50 juta.

Najib awal tahun ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi menguatkuasakan titah adendum.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...