Pakar ekonomi kesal sukan pula dibanjiri pemain asing

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA) kesal dengan pendirian kerajaan yang berterusan menggadai identiti nasional.  

Pengarahnya, Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata selepas sektor pekerjaan dan pelaburan, kini giliran pasukan Harimau Malaya menerima nasib yang sama. 

“Harimau Malaya hanya tinggal nama. Hakikatnya hanya tinggal dua orang sahaja yang Malayanya jati. Identiti nasional dikorbankan bila misi hanya untuk menang. 

“Pelaburan asing, pekerja asing, sekarang pemain pun asing. Selamat datang ke Malaysia. Sampai bila? 

“Secara peribadi, saya berasa gundah kalau ini cara kita menang. Pandangan anda?” soalnya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Noor Azlan turut memuatkan foto pasukan Harimau Malaya yang kini dibanjiri pemain warisan dari England, Portugal, Brazil dan Argentina.  

Harimau Malaya pada Selasa berjaya menewaskan Vietnam 4-0 dalam pusingan kedua kelayakan Piala Asia 2027. 

Kali terakhir skuad kebangsaan berjaya menewaskan Vietnam dengan kemenangan 4-2 ialah pada Piala AFF 2014.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...