Peguam: Lepas kes jenayah, Yusoff fokus saman Anwar

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan Yusoff Rawther akan memutuskan esok sama ada mahu meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. 

Rafique berkata segala perhatian akan tertumpu kepada Mahkamah Tinggi esok sama ada Yusoff dibebaskan atau diperintah membela diri atas tuduhan mengedar dadah.

“Kami ada 10 hari untuk ambil apa-apa tindakan. Buat masa ini fokus utama pasukan pembelaan Yusoff dan keluarganya adalah esok iaitu kes pendakwaan jenayah.

“Keputusannya esok pagi di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin. Selepas selesai urusan pagi esok dan lihat keadaannya, baru kami akan buat keputusan.

“Ini kerana saya masih belum mendapat arahan lengkap apa yang Yusoff mahu lakukan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada Inspirasi Channelz mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang menangguhkan saman sivil Yusoff terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar semalam berjaya menangguhkan kes saman sivil yang difailkan Yusoff daripada didengar di Mahkamah Tinggi minggu depan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Supang Lian sebulat suara membenarkan permohonan Anwar untuk didengar pada 21 Julai ini.

Rafique berkata tiada kekeliruan dalam rayuan yang dipohon peguam Anwar kerana pengurusan kes rayuan berkenaan ditetapkan pada 2 September. 

Katanya, peguam Anwar memohon penggantungan sementara prosiding yang sepatutnya berlangsung pada 16 Jun ini. 

“Sementara menunggu pelupusan rayuan, pasukan peguam Anwar failkan permohonan untuk penggantungan prosiding.

“Oleh kerana penangguhan ditetapkan pada 21 Julai, maka sebab itu diadakan perbicaraan permohonan interim seperti mana yang mereka minta tangguh 16 Jun. 

“Sebab itu menjadi dua permohonan. Kedua-dua penangguhan tetapi menghampiri 16 Jun, itu yang diberikan interim semalam,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...