FAM hargai jasa PM bantu dokumen pemain warisan

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan penuh kepada pasukan Harimau Malaya.

FAM berkata Perdana Menteri di bawah kepimpinannya memainkan peranan penting sebagai pemudah cara dalam melancarkan proses dokumentasi pemain warisan baharu.

“Kerajaan Malaysia turut banyak membantu sebagai pemudah cara dalam urusan dokumentasi pemain-pemain warisan baharu sehingga mereka lulus untuk turun beraksi.

“Selain bantuan kewangan menerusi peruntukan khas kepada skuad Harimau Malaya,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook FAM hari ini. 

Harimau Malaya semalam berjaya menewaskan Vietnam 4-0 dalam saingan kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027.

Empat gol yang disumbangkan pada separuh masa kedua itu hasil jaringan Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools.

FAM berkata sokongan penuh kerajaan serta para penyokong diharap berterusan bagi memastikan prestasi skuad Harimau Malaya terus meningkat pada aksi akan datang.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Penjenamaan Produk & Perniagaan Anda?

Jangan risau dan jangan pening kepala untuk mempromosi dan...

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyokong kepimpinan parti itu menerajui PN.

Hashim bersetuju dengan pandangan bahawa sudah tiba masanya PAS...

Sudah tiba masanya untuk PAS mengambil alih kepimpinan PN

Sudah tiba masanya untuk PAS mengambil alih kepimpinan Perikatan...

“PENGKHIANAT NEGARA”

SPRM menahan sepasang suami isteri yang juga pegawai penguat...