Menteri dedah 400,000 peminjam enggan bayar PTPTN

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Menteri Pendidikan Tinggi memaklumkan seramai 400,000 peminjam langsung tidak pernah membuat bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata nilai tunggakan mencecah RM5 bilion membabitkan peminjam yang sudah menamatkan pengajian lebih 10 tahun lalu.

“Kumpulan tegar ini tidak pernah membayar walau satu sen sejak mereka mula meminjam dan kini sudah lebih 10 tahun tamat pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi taklimat bersama Ketua Pengarang Media di Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya semalam. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PTPTN memaklumkan pihaknya bersedia membantu peminjam menyusun semula bayaran secara lebih fleksibel.

Mastura Mohd Khalid berkata PTPTN terbuka kepada penstrukturan semula pinjaman dan pelan pembayaran fleksibel untuk membantu peminjam yang berdepan masalah.

“Sekiranya mereka mempunyai tunggakan yang besar kita akan minta pendahuluan dengan jumlahnya boleh dibincangkan dengan pegawai. 

“Kita tidak akan minta sehingga 100 peratus atau 50 peratus, ia boleh jadi beberapa bulan ansuran bulanan yang tertakluk kepada tempoh mereka tertunggak.

“Kedua, jumlah yang perlu dibayar pula kita akan lihat pada slip gaji mereka dan mungkin sekitar lima ke enam peratus pada gaji bulanan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Aktivis dakwa ramai mahu Maszlee kembali jadi menteri

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Dr Anuar Ahmad menegaskan...

Loke sedia jadi ‘bad boy’ halang aktiviti bas pajak

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Anthony Loke bersedia menjadi...

Anwar gesa belia kukuh nilai integriti, akauntabiliti

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PAS ikrar cari dalang khianat Yusoff lepas kerajaan jatuh

KUALA LUMPUR, 13 JUN — PAS berikrar akan mencari...