Tun Mahathir seru fokus R&D bangun tamadun manusia

KUALA LUMPUR, 11 JUN — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa negara seluruh dunia memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam memastikan masa depan lebih gemilang. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan segala usaha ditumpukan kepada penyelidikan, dunia dapat terhindar daripada perang dan pergolakan.

“Saya berharap dunia memfokuskan sumber dan usahanya untuk meningkatkan kajian dan penyelidikan untuk umat manusia.

“Ia lebih baik daripada mesin perang yang tidak memberikan kebaikan tetapi sekadar kemusnahan,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam. 

Tun Mahathir mengulas lawatan tahunannya ke Jepun bersempena Forum Nikkei hujung bulan lalu yang turut dimuatkan lawatan ke beberapa tempat menarik.

Katanya, lawatan ke Pusat Penyelidikan dan Gunaan Sel IPS (CiRA) mendedahkan teknologi perubatan dan penyelidikan yang sedang dijalankan di Jepun. 

“Di sana saya ditunjukkan penyelidikan perubatan regeneratif daripada Dr Shinya Yamanaka.

“CiRA merupakan institut yang diiktiraf dunia bagi menyumbang dalam teknologi sel dengan menyasarkan untuk digunakan dalam perubatan. 

“Institut ini mengumpul darah daripada penyumbang dan mengaturkan semula sel ini ke dalam sel stem yang boleh digunakan untuk memulihkan organ yang rosak,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...