Pemandu bas nafi pandu laju, brek gagal berfungsi

KUALA LUMPUR, 10 JUN — Pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menafikan memandu laju pada malam semalam.

Mohd Amirul Fadhil Zulkifle berkata bas berkenaan gagal dikawal akibat brek tidak berfungsi selain tidak dapat menukar gear, lapor Utusan Malaysia. 

“Secara tiba-tiba saya mendapati brek bas gagal berfungsi dan sudah berusaha pelbagai cara untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya cuba melakukan pelbagai cara namun disebabkan angin bas kosong, semuanya jadi tidak berfungsi termasuk brek tangan manakala gear juga tidak boleh ditukar. 

“Ekoran itu, saya berusaha mengelak supaya tidak merempuh kenderaan lain,” katanya.  

Amirul, 39, berkata bas berkenaan juga tidak dipandu laju seperti dakwaan pihak tertentu tetapi ia usaha mengelak daripada merempuh lebih banyak kenderaan.  

Katanya, sebanyak empat kenderaan berjaya dielak akibat kegagalan brek sebelum Perodua Alza dirempuh ketika selekoh tajam.

“Saya tidak laju seperti yang tular kerana saya arif dengan laluan Jeli-Gerik, lebih-lebih lagi lokasi kejadian menuruni bukit.

“Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai kamera. Saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk. 

“Saya tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan keluarga mangsa. Kebanyakan mereka adalah orang sekitar kampung saya dan saya mengenali mereka,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom 

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...