Pemandu cuai perlu bayar diyat, kata AJK Fatwa Perlis

KUALA LUMPUR, 10 JUN — Profesor Dr Rozaimi Ramle mendakwa pemandu yang mengakibatkan kemalangan disebabkan kecuaian perlu membayar diyat kepada waris yang terlibat.

Ahli Jawatankuasa Fatwa Perlis berkata bayaran itu akan terlupus jika waris mangsa terlibat bersedia memaafkan pemandu cuai terbabit.  

“Perlis mengeluarkan fatwa sekiranya sesuatu kemalangan itu disebabkan oleh kecuaian pemandu, maka pemandu bertanggungjawab ke atas segala kemudaratan yang berlaku. 

“Bahkan pemandu itu akan dikenakan diyat iaitu perlu membuat bayaran tertentu terhadap setiap nyawa yang terkorban akibat kecuaiannya, kecuali dimaafkan oleh waris,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas nahas bas pelajar di Gerik, Perak jika merujuk Fatwa Perlis pada 2022. 

15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris meninggal dunia selepas bas yang dinaiki mereka semalam terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Tun Mahathir cadang potong gaji pemandu bas positif dadah 

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Tun Dr Mahathir Mohamad...

Kes Najib dakwa Terrirudin hina mahkamah 19 Ogos ini 

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Permohonan Datuk Seri Najib...

PKR: Baiki jalan, LRT Pulau Pinang sama penting

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Ahli Majlis Pimpinan Pusat...

Mahkamah Tinggi lepas, bebas Yusoff Rawther

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Mahkamah Tinggi hari ini...