Pempengaruh gesa penghadang beroda elak nahas maut

KUALA LUMPUR, 10 JUN  — Pempengaruh media sosial menggesa pihak berkuasa menaik taraf reka bentuk penghadang jalan yang lebih selamat demi melindungi pengguna jalan raya. 

Mohd Ezairol Rezan Zainol berkata penghadang sedia ada ibarat pisau tajam di jalanan yang boleh meragut nyawa pemandu dan penumpang kenderaan. 

“Ngilu tengok penghadang jenis zink ini. Penghadang jalan raya jenis zink ini dipersoalkan keselamatannya apabila beberapa insiden tragis melibatkan pengguna jalan raya.

“Mungkin sudah tiba masanya pihak berkuasa mempertimbangkan reka bentuk yang lebih selamat demi melindungi nyawa pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kemalangan maut membabitkan bas dinaiki pelajar universiti.  

Katanya, ada pihak mencadangkan supaya penghadang jalan beroda atau pelapik getah dipasang bagi mengurangkan kecederaan serius penumpang. 

Nahas bas ekspres di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat Jeli-Gerik semalam meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. 

Rakaman tular di media sosial menyaksikan bas berkenaan dipandu laju sebelum terbabas ketika melalui selekoh dan melanggar sebuah kereta Perodua Alza.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...