BERSATU desak SKMM henti kumpul data pengguna telefon

KUALA LUMPUR, 9 JUN — Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhenti memungut data pengguna telefon.

Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata apa yang dilakukan SKMM jelas satu pelanggaran hak privasi rakyat dan mengundang manipulasi data oleh kerajaan.

“Alasan data tersebut berbentuk agregat dan bukan peribadi adalah lemah. Hakikatnya, arahan ini membuka pintu kepada pelanggaran hak privasi rakyat.

“Ini kerana data yang dikumpulkan masih boleh digabungkan dengan sumber data lain untuk menghasilkan profil individu dengan tujuan yang hanya diketahui oleh pihak berkuasa.

“Walaupun kita mempunyai Akta Perlindungan Data Peribadi, penguatkuasaannya masih lemah dan kerajaan juga tidak tertakluk kepada akta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas penjelasan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam.

Fahmi dalam satu sidang media mendakwa tiada data peribadi yang akan diberikan syarikat telekomunikasi untuk pengumpulan data oleh SKMM.

Katanya, hanya data tidak bernama diberikan syarikat telekomunikasi untuk pungutan maklumat umum yang lebih baik.

Wan Saiful berkata tanpa mekanisme pengawasan bebas dan berkredibiliti maka tidak ada jaminan bahawa data yang dikumpulkan tidak akan disalah guna.

Katanya, ia mungkin digunakan untuk tujuan pemantauan politik, penyekatan maklumat atau pelanggaran hak asasi pengguna telefon.

“SKMM dan Fahmi berkata kononnya kutipan data ini akan membolehkan kerajaan membuat dasar dan perancangan dengan lebih baik. Alasan ini jenaka besar.

“Kerajaan hari ini gagal bukan disebabkan tidak ada data penggunaan telefon tetapi gagal disebabkan tiada hala tuju, tiada kompetensi dan tiada komitmen kepada reformasi.

“Arahan ini seperti satu pendekatan moden tetapi sebenarnya ia adalah pintu belakang kepada pencerobohan privasi berskala besar yang sedang dinormalisasikan,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...