Jalan sesak, pelajar terlepas bas menuju UPSI

KUALA LUMPUR, 9 JUN — Pantang maut sebelum ajal demikian ungkapan yang sesuai digambarkan kepada seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ibu kepada Nur Adilah Mohd Rusdi, 20, berkata anaknya itu sepatutnya menaiki bas yang ditimpa kemalangan awal pagi ini namun takdir merubah segalanya, lapor BERNAMA. 

“Sebenarnya tempat duduk yang sepatutnya diduduki anak saya ialah nombor sembilan, tetapi malam tadi ia diduduki oleh rakannya.

“Lebih mengejutkan, polis turut menghubungi anak saya dan memaklumkan namanya tersenarai sebagai seorang daripada penumpang bas tersebut,” katanya.

Rosyidah Husien, 50, berkata anaknya terselamat dalam kemalangan itu selepas suaminya terlewat menghantar Nur Adilah di Masjid Hadhari, Jerteh semalam.

Katanya, Mohd Rusdi Ramli, 55, lewat menghantar Nur Adilah selepas kereta dinaiki mereka tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.   

“Apabila dihubungi, pemandu memaklumkan bas akan berhenti di Machang, namun suami enggan menghantar hingga ke Machang kerana jaraknya yang agak jauh.

“Akhirnya, anak saya menumpang bapa saudaranya, Mohd Nizam Husien yang kebetulan turut bertolak ke Kuala Lumpur malam tadi.

“Lewat 15 minit rupa-rupanya memisahkan anak saya dengan maut,” katanya. 

Rosyidah berkata anaknya bertolak sekitar tengah malam dan sekitar 1 pagi, Nur Adilah mula cuba menghubungi rakan-rakan yang menaiki bas tersebut namun tidak dijawab.

Katanya, sebelum bertolak Nur Adilah sempat mengucapkan selamat tinggal dan menggambarkan bimbang ditimpa kemalangan. 

“Dia sempat kata, ‘harap tak ada apa-apa, takut jadi kemalangan.’ Saya sempat tegur dia sebab cakap macam tu. 

“Tapi dia cuma senyum. Siapa sangka kata-katanya itu hampir menjadi nyata,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...