Polis sahkan 15 maut nahas bas di Gerik

KUALA LUMPUR, 9 JUN — Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan bas di Gerik, Perak.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata setakat ini seramai 15 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit, lapor Utusan Malaysia. 

“Setakat ini, saya sahkan 15 orang disahkan meninggal dunia. Sekurang-kurangnya 27 lagi mengalami pelbagai kecederaan dan dihantar ke Hospital Gerik.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci berhubung kejadian ini. 

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebaik sahaja siasatan lengkap dan semua keterangan saksi diambil,” katanya. 

Mohd Yusri berkata orang ramai dinasihatikan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kemalangan kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan. 

Sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding di Gerik.

Pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada 1.25 pagi tadi melalui pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...