Salah faham, Fahmi bebas keluar negara, kata KPN

KUALA LUMPUR, 8 JUN — Ketua Polis Negara (KPN) memaklumkan tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap pereka grafik Fahmi Reza ketika ini.

Tan Sri Razarudin Husain berkata apa yang berlaku semalam adalah satu kekeliruan ketika Fahmi melakukan semakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). 

“Bagaimanapun namanya sudah dimasukkan ke dalam senarai pemantauan pergerakan bagi tujuan rekod dan rujukan dalaman polis berikutan siasatan kes melibatkan dirinya.

“Namun harus ditegaskan senarai ini tidak membawa maksud sekatan sebaliknya merupakan sebahagian prosedur pemantauan lazim pihak berkuasa,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas sekatan perjalanan ke atas Fahmi semalam ketika mahu meninggalkan negara menuju Singapura.

Katanya, arahan sekatan perjalanan ke atas Fahmi tidak tepat dan situasi itu sedang diteliti bagi memperkemas prosedur kawalan sedia ada. 

“Polis kekal komited dalam melindungi dan menghormati hak kebebasan bergerak kepada setiap rakyat Malaysia.

“individu berkenaan bebas untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara seperti biasa tertakluk kepada sebarang peraturan yang ditetapkan Jabatan Imigresen,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...