Jangan soal haji kayangan Nurul Izzah, kata pempengaruh

KUALA LUMPUR, 8 JUN — Pempengaruh media sosial menggesa pihak tertentu tidak iri hati dengan Nurul Izzah Anwar yang mengambil pakej kayangan untuk menunaikan haji.

Aliff Ahmad berkata Timbalan Presiden PKR itu sememangnya mampu mengambil pakej berkenaan memandangkan latar belakang keluarga dan kelayakan.

“Ada orang tag aku sebab katanya Nurul Izzah pergi haji pakej kayangan. Apa masalah? Alahai, dia kan politikus kasta atas. Dia anak Perdana Menteri.

“Dia Timbalan Presiden PKR yang menumbangkan pakar formula dan bilionair Datuk Seri Rafizi Ramli. Dia pun sekarang ini kerja Petronas bukan?

“Tidak mungkin Petronas bayar ciput orang hebat macam dia. Dia bukan tahap pegawai komunikasi, pegawai khas atau pegawai tugas-tugas khas lantikan menteri,” katanya.

Dia berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas laporan Nurul Izzah menggunakan pakej haji kayangan.

Katanya, pakej haji yang digunakan Nurul Izzah tidak wajar dipersoalkan asalkan ia mengikut kemampuan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Kamu semua yang duduk menjilat politikus tu. Sudah pergi haji belum? Naik kapal terbang kelas apa? Duduk hotel berapa bintang?

“Hendak hantar mak ayah pergi haji pun buka kutu adik beradik. Lemah!” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Fahmi: Hanya data tanpa nama diberi kepada SKMM

KUALA LUMPUR, 8 JUN — Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan...

Salah faham, Fahmi bebas keluar negara, kata KPN

KUALA LUMPUR, 8 JUN — Ketua Polis Negara (KPN)...

Kerajaan beri Fahmi kejutan sambutan hari jadi

KUALA LUMPUR, 7 JUN — Pereka grafik, Fahmi Reza...

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...