Ahmad selar SOM, UMNO lama bantu Melayu

KUALA LUMPUR, 5 JUN — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyelar Sekretariat Orang Melayu (SOM) yang diumumkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO sudah lama memperjuangkan nasib orang Melayu dan ia diterjemahkan melalui Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB). 

“Perjuangan Melayu sudah diperjuangkan UMNO sejak zaman berzaman dan ia dipersetujui Barisan Nasional.

“Jadi KEB dan segala agensi yang terlibat di dalamnya jauh lebih besar peranannya untuk membantu Bumiputera dan itu komitmen kerajaan Madani.

“Orang sudah fikir lama dia baru fikir semalam untuk buat,” katanya ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini. 

Tun Mahathir semalam mengumumkan penubuhan SOM bagi menghimpunkan orang Melayu di bawah satu payung besar.

Katanya, SOM tidak bermotifkan politik sebaliknya wadah bagi menyelesaikan masalah orang Melayu yang selama ini dilihat gagal ditangani kerajaan.

SOM digagaskan bersama pimpinan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahmad berkata tiada sokongan wajar diberikan kepada SOM kerana kerajaan mempunyai perancangan teliti membangunkan orang Melayu. 

Katanya, kerajaan bukan sahaja berhasrat membangunkan orang Melayu tetapi kaum Bumiputera melalui dasar KEB yang sedang berlangsung. 

“Usaha kita untuk membangunkan Bumiputera ini terbukti dalam kerajaan ini ada KEB. 

“KEB saya terlibat dari awal dan saya tahu begitu banyak sekali perancangan yang jauh lebih berkesan daripada sekretariat yang baru difikir ini,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...