Anwar nafi imuniti, enggan dakwaan bermotif politik 

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan permohonannya merujuk lapan soalan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai memohon imuniti.

Perdana Menteri berkata apa yang cuba dilakukannya adalah memastikan jawatan tertinggi kerajaan dilindungi daripada pendakwaan berbaur politik.

“Petang tadi Mahkamah Tinggi menolak permohonan saya untuk merujuk lapan soalan Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 128 (2) Perlembagaan.

“Perkara ini bukanlah untuk mencari imuniti peribadi atau melarikan diri daripada tanggungjawab undang-undang. Ia melibatkan integriti sistem Perlembagaan kita.

“Keperluan untuk memastikan jawatan awam tertinggi dilindungi daripada litigasi yang mungkin mengikut masa yang strategik, bermotifkan politik atau mengganggu institusi,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas keputusan Mahkamah Tinggi menolak semakannya ke Mahkamah Persekutuan. 

Katanya, proses undang-undang bagi mendapatkan keadilan akan diteruskan bagi memastikan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dijalankan tanpa sebarang kompromi. 

“Saya tetap komited sepenuhnya kepada kedaulatan undang-undang, kebebasan mahkamah kita dan maruah tadbir urus demokrasi. 

“Proses undang-undang akan diteruskan dan saya akan terus melaksanakan tanggungjawab saya tanpa gangguan atau kompromi,” katanya. 

Peguam Anwar hari ini memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya ke Mahkamah Persekutuan.  

K Rajasegaran berkata mereka akan memfailkan rayuan serta-merta ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi hari ini. 

Katanya, lapan soalan dikemukakan itu bukan bersifat abstrak atau akademik sebaliknya membabitkan isu Perlembagaan yang serius dan belum diselesaikan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...