Ramai terima darjah, MCW seru ketatkan saringan

KUALA LUMPUR,4 JUN — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mencadangkan panel penilaian bebas ditubuhkan bagi memperhalusi nama penerima darjah kebesaran.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata ia berikutan peningkatan mendadak jumlah penerima darjah kebesaran yang mencetuskan persoalan.

“Apabila terlalu ramai menerima anugerah dalam tempoh singkat tanpa penjelasan awam yang telus, ia boleh menimbulkan persepsi bahawa sistem ini mudah dimanipulasi.

“Ini termasuk mereka yang ingin ‘membersihkan nama’ atau mendapatkan kelebihan komersial dan sosial.

“Sekiranya sistem ini dicemari, ia bukan sahaja menjatuhkan maruah institusi penganugerahan tetapi turut merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Inspirasi Channelz mengulas penganugerahan darjah kebesaran pada Isnin.

Katanya, MCW menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kelmarin yang menyifatkan bintang dan darjah kebesaran bukan untuk dibeli. 

“Titah berkenaan adalah manifestasi kepimpinan berintegriti yang amat diperlukan dalam memastikan sistem penganugerahan negara tidak dicemari unsur penyalahgunaan.

“MCW berpandangan sistem saringan latar belakang perlu diperketat dan diperkemas, termasuk pengesahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Senarai penerima perlu diumumkan dengan justifikasi awam, sekurang-kurangnya kepada Parlimen atau Jawatankuasa Bebas Anugerah Kebesaran untuk memastikan akauntabiliti.

“MCW menyarankan agar Kod Etika Penerima Anugerah diwujudkan supaya mereka yang dikurnia gelaran perlu menandatangani ikrar integriti,” katanya.

Jais berkata MCW berpegang kepada prinsip bahawa pengiktirafan tertinggi negara harus bebas daripada pengaruh tidak wajar dan hanya diberikan kepada individu yang berjasa.

Katanya, sebarang usaha melobi atau pembelian darjah kebesaran melalui orang tengah, sindiket atau pengaruh politik perlu disiasat secara menyeluruh oleh SPRM.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...