Fadhlina, Zambry bincang tubuh Majlis Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Menteri Pendidikan hari ini mengumumkan hasrat kerajaan untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Negara (MPN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi.

Fadhlina Sidek berkata mesyuarat yang dipengerusikan bersama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir itu membincangkan hala tuju MPN meneraju pendidikan negara.

“Perbincangan hari ini tertumpu kepada cadangan terma rujukan, hala tuju dan gerak kerja bersepadu bagi MPN.

“Reformasi pendidikan yang radikal dan berani seperti yang dihasratkan memerlukan penglibatan menyeluruh semua pihak.

“Justeru, MPN akan menjadi platform strategik tertinggi negara dalam menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas kementerian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Fadhlina berkata MPN akan meneliti dasar pendidikan negara bermula dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat tertinggi di universiti.

Katanya, penubuhan MPN kelak akan membolehkan isu-isu pendidikan berbangkit diselesaikan secara tuntas dan holistik menerusi kerjasama dua kementerian itu. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PM bukan penjenayah, tidak perlu cuti, kata PKR Klang

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PKR Klang kesal seruan...

PM gagal, 5,000 staf Petronas jadi korban, kata Isham

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja...

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...