PEMBELA mohon Agong tolak cadangan NGO liberal 

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyerahkan bantahan rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung cadangan gabungan organisasi liberal.

PEMBELA mendakwa cadangan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) kepada Pengerusi ASEAN mengancam kedaulatan negara dan agama Islam.

“Warkah tersebut dizahirkan dengan penuh adab dan tertib mewakili suara lebih 120 badan bukan kerajaan (NGO) Islam dari seluruh negara.

“Ia bagi menyatakan kebimbangan serius terhadap kandungan dokumen tersebut yang dilihat boleh mengganggu-gugat kedaulatan negara dan kedudukan Islam.

“PEMBELA menegaskan bahawa sebarang usaha untuk membentuk dasar atau pendirian negara di peringkat ASEAN mestilah berpaksikan kepada Perlembagaan,” katanya.

Pertubuhan itu berkata demikian menerusi satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook semalam mengulas penyerahan bantahan tersebut.

Katanya, sebarang agenda asing atau tekanan luar yang cuba menggugat asas negara dan agama Islam hendaklah ditolak secara tegas dan berprinsip.

“PEMBELA merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan Tuanku menerima sembah warkah tersebut.

“Kami percaya Tuanku akan terus menjadi payung kedaulatan Islam serta pelindung  keharmonian dan perpaduan umat di negara ini,” katanya. 

Timbalan Pengerusi PEMBELA dalam satu kenyataan minggu lalu mendakwa cadangan CSO itu bertentangan dengan Perlembagaan dan nilai-nilai Islam.

Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata antara cadangan yang sangat membimbangkan ialah pemisahan agama daripada negara.

Katanya, CSO mahu undang-undang anti diskriminasi LGBTQIA+ dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PM bukan penjenayah, tidak perlu cuti, kata PKR Klang

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PKR Klang kesal seruan...

PM gagal, 5,000 staf Petronas jadi korban, kata Isham

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja...

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...