Loke: JPJ saman kereta Singapura tiada VEP bermula Julai

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Menteri Pengangkutan memaklumkan kenderaan dari Singapura akan disaman bulan depan jika masih gagal mengaktifkan Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Anthony Loke berkata kenderaan persendirian Singapura sudah pun diberikan tempoh pra-pendaftaran beberapa bulan lalu dan kini tiba tempoh penguatkuasaan.    

“Kenderaan yang gagal membayar saman akan disekat keluar dan perlu membayar secara fizikal di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau kaunter secara tanpa tunai,” katanya.  

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini mengulas penguatkuasaan VEP kepada kenderaan Singapura bulan depan. 

Pelaksanaan VEP di sempadan darat Singapura dimulakan sejak Oktober tahun lalu dengan mengeluarkan notis peringatan kepada kenderaan yang belum membuat pendaftaran.

Kenderaan Singapura yang melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua perlu mempunyai VEP. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...