Peguam: Kerajaan berganti, veteran masih tuntut pencen

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 31 MEI — Peguam kanan mengingatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa pelarasan pencen bukanlah isu politik melibatkan pemimpin tertentu. 

Haniff Khatri Abdulla berkata isu yang berlarutan sejak 2013 itu bermakna ia bermula ketika era pemerintahan Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Razak.  

“Masalah ini bermula sejak 2013 sampai sekarang. Soalan pertama kerajaan mana tidak terlibat dengan masalah ini? Semua terlibat. Sejak 2013 bermaksud sejak kerajaan Barisan Nasional. 

“Saya bukan cakap politik tetapi saya tidak mahu tuan-tuan balik dengan salah faham kerajaan tertentu buat salah. Semua kerajaan berkait dengan pelarasan pencen.

 “Sampailah ke zaman pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukan isu politik tetapi hak pesara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Aman Menuntut Pelarasan Pencen Veteran ATM di Dataran Merdeka di sini hari ini. 

Veteran ATM yang membanjiri Dataran Merdeka hadir seawal lapan pagi bagi sama-sama mendesak kerajaan akur kepada arahan Mahkamah Tinggi tahun lalu. 

Mahkamah Rayuan akan membacakan keputusan minggu depan sama ada membenarkan rayuan kerajaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu. 

Haniff berkata veteran ATM digesa untuk memperbanyakkan bersabar sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan minggu depan. 

Katanya, disiplin sebagai seorang veteran sangat dituntut sehingga kerajaan akur untuk membayar segala tuntutan yang diarahkan mahkamah. 

“Perjuangan tidak boleh ada kekecewaan, ralat dan penat. Askar sudah bertungkus-lumus di hutan belantara, laut dan udara menjaga keselamatan dan keamanan negara.

“Apabila tamat tempoh perkhidmatan maka wajib mana-mana kerajaan yang menerajui kepimpinan negara bertanggungjawab memudah cara kebajikan pesara.

“Saya syorkan Ahli Parlimen veteran faham fakta ini dan tampil di Parlimen. Jangan cakap di sini saja. Ini tanggungjawab veteran tanya kenapa kerajaan tidak ambil endah?” soalnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...