Marah murid di kantin, Fadhlina ingatkan guru patuh etika

KUALA LUMPUR, 26 MEI — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan siasatan susulan video tular membabitkan seorang murid yang didakwa dimalukan oleh gurunya.  

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata KPM mengambil maklum insiden itu selepas rakaman berkenaan tular dan memberi kesan kepada masyarakat. 

“Saya yakin dan percaya bahawa ada ruang yang lebih selamat dan bersifat privacy untuk memastikan bahawa apa saja perbincangan dan isu dapat diselesaikan secara baik.

“Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan sudah diminta memperhalusi perkara ini secara serius. 

“KPM juga sebenarnya sudah berkali-kali mengingatkan guru mengenai garis panduan sedia ada dan mematuhi etika baik di dalam, luar kelas dan media sosial sekali pun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran dan Simbolik Penyerahan Koleksi Komik Wira Anti Rasuah di sini hari ini.

Katanya, guru sentiasa diingatkan mengenai tanggungjawab, etika serta integriti sebagai penjawat awam tidak kira apa juga keadaan yang berlaku.

Terdahulu tular video murid perempuan di sebuah sekolah rendah dimarahi beberapa guru di kantin di mana murid berkenaan dipaksa membuat pengakuan kisah yang sebenar..

Video itu dirakam dan kemudian diberikan kepada ibu murid berkenaan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

#KPM #FadhlinaSidek #murid #sekolah #tular #kantin

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...

Mahu masuk PKR, Tengku Zafrul umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Tengku Datuk Seri Zafrul...

BERSATU gesa Zahid ikut jejak Rafizi lepas jawatan TPM

KUALA LUMPUR, 30 MEI — Parti BERSATU menggesa Datuk...