PM seru pemuda ikon bendung rasa benci, pelampau 

KUALA LUMPUR, 26 MEI — Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri menjelaskan menjadi harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat anak muda masa kini lebih tampil ke hadapan.

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Perdana Menteri mahu anak muda masa kini menjadi contoh kepada generasi terdahulu.

“Perdana Menteri menegaskan anak muda harus tampil ke hadapan memimpin semangat Malaysia Madani dengan berani.

“Menjadi teladan kepada generasi terdahulu yang masih terbelenggu dalam kabut kebencian dan fahaman melampau.

“Tanpa mengorbankan identiti bangsa, agama dan budaya sendiri,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam.

Shamsul Iskandar berkata Perdana Menteri mengutarakan perkara itu semasa menghadiri program di Johor Bahru yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Katanya, program yang menyemai harapan dan membina semangat baharu dalam jiwa rakyat itu turut menyaksikan semangat kesatuan dan cita-cita membina Malaysia.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...