Tiada lagi dana, Perak FC umum henti operasi

KUALA LUMPUR, 26 MEI — Pasukan bola sepak Perak FC menghentikan semua operasinya semalam selepas tiada lagi baki dana untuk meneruskan perlawanan pada musim ini.

Pengurusan pasukan itu berkata Perak FC sudah menghantar pulang semua pemain importnya dan membayar apa yang mampu kepada staf dan pemain. 

“Semua staf dan pemain sudah dimaklumkan bahawa Perak FC tidak akan menyertai sebarang liga atau pertandingan pada musim akan datang.

“Para pemain dan jurulatih kini bebas untuk mencari peluang di kelab bola sepak yang lain. Kepada para pemain dan staf, terima kasih di atas bakti dan dedikasi anda.

“Ini bukanlah penutup yang kami harapkan tetapi kami perlu berpijak di bumi yang nyata serta menerima kenyataan bahawa kekurangan dana membataskan segalanya,” katanya. 

Perak FC berkata mereka memulakan perjalanan liga dengan penuh aspirasi dan semangat untuk membersihkan hutang RM8 juta yang ditinggalkan pengurusan lama. 

Katanya, RM10 juta setahun juga diperuntukkan untuk operasi kelab seperti gaji pasukan, jurulatih dan staf pentadbiran. 

“Kepada yob dan yong — sokongan tanpa berbelah bahagi kome amat bermakna buat Perak FC. 

“Buat masa ini kami masih menguruskan peralatan latihan pasukan dan baki cenderahati untuk dijual serta menunggu dana dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...